Saturday 29 September 2012

Minggu 3

Beban tugasan sudah terasa pada minggu ini. Walaupun hanya latihan ringkas tetapi kesukaran awal untuk menyiapkannya membuatkan aku terasa agak tertekan. Namun setelah semua dapat ditempuhi dengan tenang...latihan ini menjadi senang pula. Cuma pada peringkat awal aku dan rakan sekumpulan masih terkial-kial merujuk nota rujukan..aku lepas step tu...kawan aku tak lepas...bila dia lepas step seterusnya...aku pulak yang sangkut. Bak kata ada saja halangan untuk ke step seterusnya sehinggalah kami berjaya harungi hingga ke akhir. Alhamdulillah...
Kelas minggu ini berkenaan latihan menghasilkan ASP menggunakan Dreamweaver dan MS Access...terus terang memang aku tak tahu nak buat...tapi lecturer menunjukkan langkah demi langkah..darilah membuat site, membuat database, buat connection, buat form dan table...sehinggalah ianya berjaya diuji. Terima kasih PM Dr. Zaida atas kesudian mengajar kami...walaupun masih ada antara kami yang terkial-kial. Nota yang diberi oleh pensyarah amat berguna...tak dapat dibayangkan kalau takde nota tu....takkan nak belajar kat Youtube je kot...
Secara keseluruhan pada minggu ini, aku mendapat ilmu lagi mengenai macamana nak setup ASP menggunakan IIS, nak create table guna Access dan banyak lagi. Tak sabar untuk minggu seterusnya dgn ilmu yang baru.

Thursday 20 September 2012

Minggu 2

Penat...itu gambaran awal bila masuk kelas MPT1193 ni. Apa taknya...sampai dari Langkawi pukul 3 pagi, rehat 2 jam pergi sekolah pula. Balik pukul 2 petang, mandi tukar baju pukul 3 gerak ke UTM. Kelas mula pukul 4 - 7 petang. Rasa mengantuk ada juga. Tapi lecture harini sesuatu yang menarik. Perbandingan antara ASP dan PHP...malah bagaimana nak mengenali static website dan dynamic website. Dulu aku tak berapa nak tahu pasal ASP ni...cuma tahu nama je la. Sekarang baru aku tau apa kelebihan yang ada pada ASP. Tapi ada orang cakap ASP dan PHP ni dah lama...ada pulak yang terkini JSP. Tak payahla fikir yang lebih-lebih...betul tak?



Rasanya ini ajelah kot kuliah teori yang kami akan jumpa...lepas ni mula la aktiviti 'hands on' nak buat website menggunakan Dreamweaver. Pensyarah beri juga perbandingan antara beberapa jenis perisian membina laman web. Tapi Dreamweaver ni adalah yang paling praktikal untuk digunakan. Tugasan pun dah dapat...selepas ni nak try la buat.Tak sabar untuk kelas minggu hadapan.

Wednesday 19 September 2012

Minggu 1

Kelas Pertama di Semester 1. Selepas hampir 5 tahun berehat, akhirnya ada kekuatan diri untuk belajar lagi. Harap semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Subjek Sistem Penggubahan merupakan salah satu core subjek dalam Teknologi Pendidikan. Minat??? Sudah semesti...kalau tak buat apa nak susah payah ambil bidang ni. Lihat pada nama pensyarah PM Dr. Jamalludin...hmm salah seorang pensyarah multimedia yang aku kenali. Tetapi bila masuk kelas, isteri beliau pula yang ajar..PM Dr. Zaidatun. Alamak..tentu best gilerr kelas ni. Tak sangka Dr. Zaida masih ingat aku sebagai student lama beliau walaupun dah lama tak jumpa hampir 6 tahun.
Minggu ni hanya sesi perkenalan sesama rakan sekelas dan briefing secara lalu apa yang aku patut lalui dalam kelas ni sepanjang semester ini. Kuiz, tugasan, exam..perkara biasa. Online collaborating melalui Facebook...satu perkara baru bagi aku student lama ni. Kena pulak buat Blog, ini yang paling tak gemar. Aku paling tak suka buat blog. Ramai rakan-rakan guru datang jumpa aku minta tanya macamana nak buat atau edit blog. Terus terang aku tolak permintaan mereka kerana aku tak minat dengan blog. Tapi dalam kelas ni, aku kena hasilkan blog untuk sesi refleksi selepas kelas. Mahu tak mahu hanya kerana 5% markah, aku gagahi juga. Jadi Dr. Zaida, harap boleh bagi saya full mark 5% ye....hehehe.
Sesi kelas berakhir agak awal. Kini apa yang akan aku lalui semester ini untuk subjek ini aku telah ketahui. Macromedia Dreamweaver dan Flash akan menjadi teman karib aku...disamping Facebook, Photoshop dan Blog.