Thursday 20 September 2012

Minggu 2

Penat...itu gambaran awal bila masuk kelas MPT1193 ni. Apa taknya...sampai dari Langkawi pukul 3 pagi, rehat 2 jam pergi sekolah pula. Balik pukul 2 petang, mandi tukar baju pukul 3 gerak ke UTM. Kelas mula pukul 4 - 7 petang. Rasa mengantuk ada juga. Tapi lecture harini sesuatu yang menarik. Perbandingan antara ASP dan PHP...malah bagaimana nak mengenali static website dan dynamic website. Dulu aku tak berapa nak tahu pasal ASP ni...cuma tahu nama je la. Sekarang baru aku tau apa kelebihan yang ada pada ASP. Tapi ada orang cakap ASP dan PHP ni dah lama...ada pulak yang terkini JSP. Tak payahla fikir yang lebih-lebih...betul tak?



Rasanya ini ajelah kot kuliah teori yang kami akan jumpa...lepas ni mula la aktiviti 'hands on' nak buat website menggunakan Dreamweaver. Pensyarah beri juga perbandingan antara beberapa jenis perisian membina laman web. Tapi Dreamweaver ni adalah yang paling praktikal untuk digunakan. Tugasan pun dah dapat...selepas ni nak try la buat.Tak sabar untuk kelas minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment