Wednesday 21 November 2012

Minggu 11

Minggu ni kami belajar aplikasi Flash melalui Apps 1 & 2 yang diinstallkan dalam Ipad. Apps 1 lebih kepada pengenalan kepada Flash. Mengenali ciri-ciri interface Flash, aplikasi yang boleh dibuat melalui Flash, jenis-jenis interaksi dalam Flash dan juga keperluan minimum yang diperlukan untuk menghasilkan aplikasi Flash. Antara aplikasi yang boleh dihasilkan seperti Web Banner, animasi kartun, games dan perisian pembelajaran.

Dalam Apps 2 pula, teknik melukis dalam Flash diperkenalkan. Kesemua teknik-teknik asas dalam melukis di ajar dalam bentuk video tutorial. Begitu juga teknik mewarna, melukis objek atau kartun dengan teknik onion skin dan melukis button untuk laman web.

Kat bawah ni aku tunjukkan contoh bagaimana melukis imej kartun dan manusia dengan menggunakan teknik onion skin

Haa...boleh tengok sendiri kot perbezaan antara original imej dengan imej yang dilukis. Tangan ni menggigil ketika nak trace..Caranya?? mudah je
1. Import imej ke library atau ke stage dalam keyframe 1.
2. Kemudian insert keyframe kat keyframe 2.
3. Klik butang onion skin kat bawah keyframe tu pada keyframe 2.
4. Mulalah  trace menggunakan pencil tool atau apa saja tool yang anda suka..
5. Dah selesai bolehlah delete keyframe 1 dan tinggal keyframe yang telah ditracekan.
6. Gunakan brush tool untuk mewarna...
7. Save atau export image kepada file yang dikehendaki....selesai

Mudahkan caranya...hmm...kat bawah ni lagi satu contoh trace by onion skin yang aku buat. Ni gambar anak sulong aku ketika berumur 7 tahun....nak buat muka sendiri takde gambar yang sesuai.


Power jugak aplikasi Flash ni untuk melukis ye...cuma aku ni memang betul-betul takde bakat seni melukis. Takde kreativiti dalam seni ni. Waktu zaman sekolah dulu kalai Pendidikan Seni kategori aku dalam C atau D je. Kalau dapat A maknanya cikgu tu pun tak tau seni cam aku hahahaha...



Wednesday 14 November 2012

Minggu 10

Semester Break...

Aku betul rehat minggu ni....habiskan masa dengan anak-anak. Minggu ni saja 3 kali pi Legoland hahaha...dah ada annual pass tu jangan la lepaskan peluang. Tugasan 1 aku siapkan sedikit...maklumla bila cuti ni semuanya jadi malas..

Thursday 8 November 2012

Minggu 9

Minggu ni kelas terakhir belajar Dreamweaver. Minggu ni aku belajar bagaimana nak develop soal selidik secara online. Dalam tugasan 1 nanti, kami diwajibkan membina questionnaire sekurang-kurangnya 5 atau lebih soal selidik. Sebenarnya tak susah sangat tapi orang kata renyah nak buat. Ni aku bagi contoh soal selidik online yang aku copy dari google. Yang aku buat sendiri belum lagi.


 Haaa...pastu secara intronya, pensyarah mula memperkanalkan Adobe Flash. Aku pernah belajar, cuba nak ingat balik benda yang dah lama tinggal. Dalam 10% je kot masih ada dalam otak aku ni. Secara jujur, interface Flash ni takde masalah sangat sebab dah tahu. Cuma bagaimana nak hasilkan animasi flash tu je la yang agak memeningkan sikit. Maklumlah, aku ni tak pandai melukis. Kalau lukis orang lidi pun tak jadi hahaha...teruk sangat bakat melukis aku ni. 
Dalam bahagian Flash ni, aku akan belajar menggunakan Ipad...huhuhu..nak beli takde duit so aku mintakan Cik Farhana installkan dalam Galaxy Tab 7 plus aku. Alamak screen resolution kecik sangat. Takpela, agak-agak susah nanti pinjam dengan kawan-kawan yang diberi pinjam Ipad secara percuma...

Thursday 1 November 2012

Minggu 8

Kelas seperti biasa walaupun pada awalnya akan diadakan pada Khamis malam (malam Jumaat). Dalam kelas harini Dr. Zaida memperkenalkan cara untuk membuat admin page. Apa dia admin page ni? Admin page ni untuk seseorang yang berkuasa penuh ke atas laman web tersebut untuk memantau pengguna laman web.
Jadi untuk itu, dalam Dreamweaver, satu behaviour baru perlu diinstallkan. Go to related page or go to detail page behaviour. Gunanya behaviour ni untuk admin mengedit pengguna-pengguna yang telah didaftarkan dalam laman web. Agak rumit jugak untuk memahami, namun setalah mencuba beberapa kali, aku dapat memahami sepenuhnya fungsi behaviour ni.