Monday 24 December 2012

Minggu 15

Minggu ni nak cerita mengenai aktiviti flash dalam Apps4 iaitu Actionscript 2.0. Antara latihan yang dibuat adalah Multiple Choice Question, Input Text, Drag n Drop dan Main Menu with Button. Semua aktiviti ini boleh anda lihat dengan klik pautan di bawah ni.

https://sites.google.com/site/aqmar77/apps-4-task


1. Soalan Aneka Pilihan (MCQ)


Cara-cara membuatnya:
1. Dalam layer 1 tuliskan soalan menggunakan “static text”
2. Tambah layer baru dan namakan butang pada layer tersebut. Buatkan butang dan labelkan sebagai A,B,C and D.
3. Tukarkan kesemua butang tadi ke simbol button
4. Susunkan butang tadi mengikut kemahuan jawapan dan tuliskan pilihan jawapan
5. Kemudian, letakkan nama lain layer respon dan masukkan textfield kemudian pilih teks dinamik. Selepas itu letakkan satu lagi lapisan layer dan namakan sebagai action
6. Letakkan actionscript berikut:
stop ();
var respon;
respon = ""

7. Letakkan actionscript untuk butang A untuk jawapan yang betul
on (release) {
respon = "Tahniah, jawapan anda adalah betul!";
}

8. Letakkan actionscript untuk butang B, C, dan D bagi jawapan yang salah
on (release) {
respon = "Cuba lagi, jawapan anda adalah salah!";
}

9. Uji movie


2. Soalan Input Text


Cara-cara membinanya:
1.Buat layer dan namakan ia sebagai latar belakang dan letakkan teks untuk topik.
2. Buat satu lagi layer baru sebagai soalan dan taipkan soalan.
3. Letakkan kotak teks jawapan dan pilih input teks. Pastikan pilihan adalah dynamic text
4. Masukkan butang jawapan dari library.
5. Buat layer baru dan masukkan actionscript berikut pada frame 
stop ();
answer var;
var respon;
answer = ""
respon = ""

6. Klik kanan pada butang jawapan dan letkkan actionscript dalam butang.
on (release) {if (answer == "print client") {respon = "Correct!";
} else {
respon = "Jawapan anda salah." + jawapan + "tidak tepat.";
}}
on (release, key press "<enter>") {if (answer == "print client") {respon = "Correct";
} else {
respon = "Jawapan anda salah." + jawapan + "tidak Tepat.";
}}

7. Uji movie


3. Drag and Drop


Langkah-langkah:
1. Lukiskan pokok atau import image ke layer 1. Kemudian, tukarkan kepada simbol dan pilih movie clip symbol.
2. Lukiskan 3 biji epal atau import imej epal ke layer baru. Kemudian, tukarkan kepada simbol dan pilih movie clip symbol.
3. Right click pada setiap epal dan pilih action. Letakkan actionscript berikut
on (press){
startDrag(this,false);
}
on(release){
stopDrag(); 
4.Uji movie


4. Menu Utama


Langkah-langkah membuatnya:
1. Bina antaramuka dan nama butang sebagai "home", "about" and "link".
2. Untuk pautan ke scene berikutnya, guna arahan berikut
window>scene>duplicate scene> dan namakan sebagai scene 1 and scene 2.
3. Dalam scene 2 masukkan teks statik untuk "about". Pada berikutnya, di scene 1 masukkan teks statik/imej untuk “home". Letakkan arahan berhenti dalam layer tersebut
stop();
5. Masukkan keyframe di setiap layer sehingga frame 15 di kedua-dua scene.
6. Di scene 2 tambah layer baru dan namakan "about" dan di properties namakan sebagai website.
Letakkan arahan berhenti dalam layer tersebut
stop();
8. Right click di butang about dan letakkan actionscript berikut
on(release){
gotoAndPlay("Scene 2",1);
}

9. Right click di butang home dan letakkan actionscript berikut untuk navigasi ke scene 1
on(release){
gotoAndStop("Scene 1",1);
}

10. Fungsi butang link adalah pautan ke laman web lain . Buatkan butang untuk setiap pautan. Di belakang setiap butang letakkan actionscript berikut. Contohnya sebagai
on(release){
getURL("http://www.andalusia2u.com");
}

11. Uji movie

Link untuk ke aktiviti task 4
https://sites.google.com/site/aqmar77/apps-4-task


Monday 17 December 2012

Minggu 14

Banyak task yang perlu diselesaikan pada minggu ni. Ini belum masuk tugasan dari subjek lain lagi. Takpe, buat perlahan-lahan. Mungkin lambat tetapi yang penting siap hehehe..Kali ni dalam kelas, pensyarah ajar cara nak buat aktiviti drag and drop exercise...contoh seperti imej bawah





Sebenarnya ini aktiviti terakhir untuk kelas terakhir...tetapi aku tak ingat minggu berapa jadi aku letak je la dalam minggu ke-14. Sama seperti aktiviti task 4 apps 4 (rujuk minggu 15), tapi kali ni objek akan berapa pada kedudukan yang disediakan. Pada aktiviti kali ini kita perlu meletakkan koordinat pada kedudukan nilai yang rendah dan tinggi bagi nilai x dan y...

contoh actionscript pada objek seperti berikut:

On(press){
startDrag(this);
}
On(release){
stopDrag();
if((this._x>=* lowest value for x in the box*)&(this._x<=*the highest value for x)&(this._y>=*the lowest value for y)&(this._y<=*the highest value for y)
{
_root.box1.gotoAndStop (2);
}else{
_root.box1.gotoAndStop (1);
this._x=*the origin of x-default location*
this._y=*the origin of y*
}
}

Untuk meletakkan koordinat bagi nilai x dan y yang tertinggi ialah meletakkan objek paling hujung segiempat ruangan jawapan dan manakala, bagi meletakkan koordinat bagi nilai x dan y yang terendah ialah meletakkan objek paling bawah segiempat ruangan jawapan.

Contoh actionscript yang aku guna dalam aktiviti ni..dibelakang movie clip segiempat tepat

on(press){
startDrag(this);
}
on(release){
stopDrag();
if((this._x>=343.9)&(this._x<=442.9)&(this._y>=270.0)&(this._y<=326.0))
{
_root.box2.gotoAndStop (2);
}else{
_root.box2.gotoAndStop (1);
this._x=123.3;
this._y=135.3;
}
}

manakala dibelakang movie clip bulatan pula

on(press){
startDrag(this);
}
on(release){
stopDrag();
if((this._x>=319.9)&(this._x<=447.4)&(this._y>=108.0)&(this._y<=157.5))
{
_root.box1.gotoAndStop (2);
}else{
_root.box1.gotoAndStop (1);
this._x=112.8;
this._y=285.8;
}
}

perbezaan hanya pada koordinat asal objek dan koordinat x dan y objek

Link ke aktiviti ini:
https://sites.google.com/site/aqmar77/class-activity


Lain-lain aktiviti yang dibuat:

https://sites.google.com/site/aqmar77/exercise  

Latihan ini mengenai animasi frame by frame dimana orang yang berjalan itu dibuat dalam movie clip frame by frame. Ditambah dengan teknik motion tweening untuk ia lebih realisitk. Begitu juga dengan kereta menggunakan motion tweening.

http://www.youtube.com/watch?v=4O1kslYtiL8&feature=youtu.be

Latihan di atas mengenai teknik shape tweening kitar hidup rama-rama 

http://www.youtube.com/watch?v=mAqTXukukmI&feature=youtu.be

Latihan di atas pula adalah ayunan bandul yang mengunakan teknik frame by frame dan motion tweening.


Wednesday 5 December 2012

Minggu 13

Untuk kelas minggu ni, kami mula belajar dalam Apps 3. Apps 3 ni menceritakan secara lebih detail teknik menghasilkan animasi. Dalam animasi Flash kita perlu kenal terlebih dahulu jenis-jenis simbol yang ada seperti simbol grafik, button dan movie clip. Kemudian, jenis-jenis animasi seperti motion tweening untuk pergerakan objek, shape tweening untuk pertukaran bentuk objekm motion guide untuk pergerakan objek melalui laluan yang dikehendaki dan akhir sekali frame by frame.

Kat bawah ni aku tunjukkan sikit jenis-jenis animasi seperti yang aku cakapkan di atas.

1. Animasi Motion Tweening


Cara-cara menghasilkannya...
1. Import imej ke library/stage dan convertkan imej ke vector.
2. Letakkan di keyframe 1 di mana bola bermula untuk bergerak dan keyframe akhir untuk bola berhenti.
3. Pilih motion tweening untuk animasi bola.
4. Dalam layer 2, letakkan sound untuk bola tu berbunyi jika melangggar dinding. Caranya sama, importkan sound ke library dan drag masukkan ke layer..

2. Animasi Shape Tweening

Cara-caranya..
1. Sama seperti motion tweening...lukiskan bentuk menggunakan shape tool dan break apart bentuk tersebut pada keyframe 1.
2. Pada keyframe lain buatkan perkataan dan break apart sebanyak dua kali..
3. Kemudian pilih shape tweening untuk animasi...selesai. Cuma dalam ni aku buat dari bentuk ke teks dan kembali ke bentuk..


3. Animasi Motion Guide



Cara menghasilkannya..
1. Lukiskan terowong semut di layer yang pertama..
2. Kemudian, lukiskan semut pada layer yang kedua.
3. Pada layer kedua, tambahkan motion guide dan akan terdapat 1 layer tambahan kat atas layer 2.
4. Buatkan motion tweening menggunakan pencil tool sebagai laluan semut tersebut. 
5. Kemudian letakkan semut pada keyframe 1 untuk mula dan keyframe akhir untuk tamat.
6. Pilih animasi motion tweening dan klik pada orient to path kat properties supaya semut tersebut ikut pada laluan yang kita lukis.
7. Untuk teks tu macam biasa je...cuma di setiap keyframe yang kita nak, tukarkan warna saja.


4. Animasi Frame by Frame


Cara menghasilkan animasi mulut beruang..
1. Pada layer 1, lukiskan muka beruang yang comel...aku punya tak comel.
2. Pada layer 2, buatkan animasi mulut dan mata secara frame by frame...ikut suka kitala nak mulut tu bergerak camanapun...kreativiti sendiri..
3. Kemudian, aku convertkan frame by frame tu ke movie clip...selesai..

Haaa...tu la sedikit sebanyak yang aku boleh terangkan...selepas ni lagi banyak animasi aku perlu hasilkan yang lebih kompleks...mungkin menghasilkan iklan atau filem pendek hahahaha...mungkinkah dalam masa 2 minggu ni???


Saturday 1 December 2012

Minggu 12

Minggu ni aku tak hadir kuliah kerana bercuti bersama keluarga ke Kota Kinabalu. Bukan apa, perancangan ni dah lama dah. Tempah tiket naik 'Belon' pun dibuat sebelum aku mendaftar buat Master lagi. Terpaksa la ponteng...nasib baik Dr. Zaida yang baik hati tu memahami hehehe..

Difahamkan semua pelajar MPT1193 dapat Digital Drawing Tablet jenis Wacom...takpela, aku dapat minggu depan la kot. So dalam catatan ni takde apa sangat. Takkan nak cerita percutian aku kat KK kot heheheh...

Wednesday 21 November 2012

Minggu 11

Minggu ni kami belajar aplikasi Flash melalui Apps 1 & 2 yang diinstallkan dalam Ipad. Apps 1 lebih kepada pengenalan kepada Flash. Mengenali ciri-ciri interface Flash, aplikasi yang boleh dibuat melalui Flash, jenis-jenis interaksi dalam Flash dan juga keperluan minimum yang diperlukan untuk menghasilkan aplikasi Flash. Antara aplikasi yang boleh dihasilkan seperti Web Banner, animasi kartun, games dan perisian pembelajaran.

Dalam Apps 2 pula, teknik melukis dalam Flash diperkenalkan. Kesemua teknik-teknik asas dalam melukis di ajar dalam bentuk video tutorial. Begitu juga teknik mewarna, melukis objek atau kartun dengan teknik onion skin dan melukis button untuk laman web.

Kat bawah ni aku tunjukkan contoh bagaimana melukis imej kartun dan manusia dengan menggunakan teknik onion skin

Haa...boleh tengok sendiri kot perbezaan antara original imej dengan imej yang dilukis. Tangan ni menggigil ketika nak trace..Caranya?? mudah je
1. Import imej ke library atau ke stage dalam keyframe 1.
2. Kemudian insert keyframe kat keyframe 2.
3. Klik butang onion skin kat bawah keyframe tu pada keyframe 2.
4. Mulalah  trace menggunakan pencil tool atau apa saja tool yang anda suka..
5. Dah selesai bolehlah delete keyframe 1 dan tinggal keyframe yang telah ditracekan.
6. Gunakan brush tool untuk mewarna...
7. Save atau export image kepada file yang dikehendaki....selesai

Mudahkan caranya...hmm...kat bawah ni lagi satu contoh trace by onion skin yang aku buat. Ni gambar anak sulong aku ketika berumur 7 tahun....nak buat muka sendiri takde gambar yang sesuai.


Power jugak aplikasi Flash ni untuk melukis ye...cuma aku ni memang betul-betul takde bakat seni melukis. Takde kreativiti dalam seni ni. Waktu zaman sekolah dulu kalai Pendidikan Seni kategori aku dalam C atau D je. Kalau dapat A maknanya cikgu tu pun tak tau seni cam aku hahahaha...



Wednesday 14 November 2012

Minggu 10

Semester Break...

Aku betul rehat minggu ni....habiskan masa dengan anak-anak. Minggu ni saja 3 kali pi Legoland hahaha...dah ada annual pass tu jangan la lepaskan peluang. Tugasan 1 aku siapkan sedikit...maklumla bila cuti ni semuanya jadi malas..

Thursday 8 November 2012

Minggu 9

Minggu ni kelas terakhir belajar Dreamweaver. Minggu ni aku belajar bagaimana nak develop soal selidik secara online. Dalam tugasan 1 nanti, kami diwajibkan membina questionnaire sekurang-kurangnya 5 atau lebih soal selidik. Sebenarnya tak susah sangat tapi orang kata renyah nak buat. Ni aku bagi contoh soal selidik online yang aku copy dari google. Yang aku buat sendiri belum lagi.


 Haaa...pastu secara intronya, pensyarah mula memperkanalkan Adobe Flash. Aku pernah belajar, cuba nak ingat balik benda yang dah lama tinggal. Dalam 10% je kot masih ada dalam otak aku ni. Secara jujur, interface Flash ni takde masalah sangat sebab dah tahu. Cuma bagaimana nak hasilkan animasi flash tu je la yang agak memeningkan sikit. Maklumlah, aku ni tak pandai melukis. Kalau lukis orang lidi pun tak jadi hahaha...teruk sangat bakat melukis aku ni. 
Dalam bahagian Flash ni, aku akan belajar menggunakan Ipad...huhuhu..nak beli takde duit so aku mintakan Cik Farhana installkan dalam Galaxy Tab 7 plus aku. Alamak screen resolution kecik sangat. Takpela, agak-agak susah nanti pinjam dengan kawan-kawan yang diberi pinjam Ipad secara percuma...