Wednesday 5 December 2012

Minggu 13

Untuk kelas minggu ni, kami mula belajar dalam Apps 3. Apps 3 ni menceritakan secara lebih detail teknik menghasilkan animasi. Dalam animasi Flash kita perlu kenal terlebih dahulu jenis-jenis simbol yang ada seperti simbol grafik, button dan movie clip. Kemudian, jenis-jenis animasi seperti motion tweening untuk pergerakan objek, shape tweening untuk pertukaran bentuk objekm motion guide untuk pergerakan objek melalui laluan yang dikehendaki dan akhir sekali frame by frame.

Kat bawah ni aku tunjukkan sikit jenis-jenis animasi seperti yang aku cakapkan di atas.

1. Animasi Motion Tweening


Cara-cara menghasilkannya...
1. Import imej ke library/stage dan convertkan imej ke vector.
2. Letakkan di keyframe 1 di mana bola bermula untuk bergerak dan keyframe akhir untuk bola berhenti.
3. Pilih motion tweening untuk animasi bola.
4. Dalam layer 2, letakkan sound untuk bola tu berbunyi jika melangggar dinding. Caranya sama, importkan sound ke library dan drag masukkan ke layer..

2. Animasi Shape Tweening

Cara-caranya..
1. Sama seperti motion tweening...lukiskan bentuk menggunakan shape tool dan break apart bentuk tersebut pada keyframe 1.
2. Pada keyframe lain buatkan perkataan dan break apart sebanyak dua kali..
3. Kemudian pilih shape tweening untuk animasi...selesai. Cuma dalam ni aku buat dari bentuk ke teks dan kembali ke bentuk..


3. Animasi Motion Guide



Cara menghasilkannya..
1. Lukiskan terowong semut di layer yang pertama..
2. Kemudian, lukiskan semut pada layer yang kedua.
3. Pada layer kedua, tambahkan motion guide dan akan terdapat 1 layer tambahan kat atas layer 2.
4. Buatkan motion tweening menggunakan pencil tool sebagai laluan semut tersebut. 
5. Kemudian letakkan semut pada keyframe 1 untuk mula dan keyframe akhir untuk tamat.
6. Pilih animasi motion tweening dan klik pada orient to path kat properties supaya semut tersebut ikut pada laluan yang kita lukis.
7. Untuk teks tu macam biasa je...cuma di setiap keyframe yang kita nak, tukarkan warna saja.


4. Animasi Frame by Frame


Cara menghasilkan animasi mulut beruang..
1. Pada layer 1, lukiskan muka beruang yang comel...aku punya tak comel.
2. Pada layer 2, buatkan animasi mulut dan mata secara frame by frame...ikut suka kitala nak mulut tu bergerak camanapun...kreativiti sendiri..
3. Kemudian, aku convertkan frame by frame tu ke movie clip...selesai..

Haaa...tu la sedikit sebanyak yang aku boleh terangkan...selepas ni lagi banyak animasi aku perlu hasilkan yang lebih kompleks...mungkin menghasilkan iklan atau filem pendek hahahaha...mungkinkah dalam masa 2 minggu ni???


No comments:

Post a Comment