Wednesday 19 September 2012

Minggu 1

Kelas Pertama di Semester 1. Selepas hampir 5 tahun berehat, akhirnya ada kekuatan diri untuk belajar lagi. Harap semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Subjek Sistem Penggubahan merupakan salah satu core subjek dalam Teknologi Pendidikan. Minat??? Sudah semesti...kalau tak buat apa nak susah payah ambil bidang ni. Lihat pada nama pensyarah PM Dr. Jamalludin...hmm salah seorang pensyarah multimedia yang aku kenali. Tetapi bila masuk kelas, isteri beliau pula yang ajar..PM Dr. Zaidatun. Alamak..tentu best gilerr kelas ni. Tak sangka Dr. Zaida masih ingat aku sebagai student lama beliau walaupun dah lama tak jumpa hampir 6 tahun.
Minggu ni hanya sesi perkenalan sesama rakan sekelas dan briefing secara lalu apa yang aku patut lalui dalam kelas ni sepanjang semester ini. Kuiz, tugasan, exam..perkara biasa. Online collaborating melalui Facebook...satu perkara baru bagi aku student lama ni. Kena pulak buat Blog, ini yang paling tak gemar. Aku paling tak suka buat blog. Ramai rakan-rakan guru datang jumpa aku minta tanya macamana nak buat atau edit blog. Terus terang aku tolak permintaan mereka kerana aku tak minat dengan blog. Tapi dalam kelas ni, aku kena hasilkan blog untuk sesi refleksi selepas kelas. Mahu tak mahu hanya kerana 5% markah, aku gagahi juga. Jadi Dr. Zaida, harap boleh bagi saya full mark 5% ye....hehehe.
Sesi kelas berakhir agak awal. Kini apa yang akan aku lalui semester ini untuk subjek ini aku telah ketahui. Macromedia Dreamweaver dan Flash akan menjadi teman karib aku...disamping Facebook, Photoshop dan Blog.

No comments:

Post a Comment