Tuesday 2 October 2012

Minggu 4

Catatan minggu bermula dengan berita tidak menyeronokkan. Rakan sekelas Suhairi Mohd Yusuf terpaksa berhenti dari Program Master Teknologi Pendidikan ni kerana mempunyai masalah dengan tajaan KPT. Biasiswa yang diberi dah tak sah lagi atas sebab-sebab tertentu. Aku kehilangan rakan yang baik walaupun hanya kenal beberapa minggu sahaja. Pahit perit sewaktu menyiapkan Latihan 1 ASP dan Access bersamanya tak dapat aku lupakan. Semuanya ada hikmah yang Allah telah tentukan..semoga dia akan mendapat peluang yang lebih baik nanti.

Kelas minggu ini?? Apa yang dapat dirumuskan sama macam minggu ketiga. Pensyarah mengajar dan mengingatkan kembali bagaimana nak menyiapkan Exercise 1. Masih terdapat rakan lain yang mempunya masalah dalam IIS installation. Semuanya dapat diatasi dengan bantuan abang Technicion yang ada. Latihan yang aku buat dalam laptop, dipindahkan ke PC Makmal. Semuanya ok sehinggala nak diuji. Alamak!!!! Apasal page tak display ni??? Buka nota cepat.....semak semua langkah. Betul..takde masalah. Takpe...aku cuba PC sebelah kanan...langkah yang sama aku buat. Alhamdulillah ok. Cuba PC lain sebelah kiri pula...pun takde masalah. Cuba lagi sekali PC aku...tetap masalah seperti awal tadi. Jadi fail tugasan aku tiada masalah. Masalah PC...hmmm sapa boleh bantu ni.

Setelah diteliti berulang kali...dalam connection dmx dengan database, nama table yang aku buat dalam MS Access tak dapat connect. Jadi masalah apabila table tak dapat baca adalah berkaitan dengan Adobe Extension Manager sebab PC makmal menggunakan OS WinXP. Alhamdulillah, step yang diberi dalam nota amat membantu. Sekarang masalah sudah settle.

Tugasan sudah siap. Aku dengan rakan kumpulan Wan Mohd Hazani berpuas hati dengan hasil kerja kami. Mungkin ada sedikit pembaikan sebelum dihantar untuk dinilai. Minggu berikutnya kami akan belajar bagaimana nak menggunakan Apache dah PHP pula...

No comments:

Post a Comment