Monday 29 October 2012

Minggu 7

Minggu ke-7 kelas ditangguhkan. Dalam keadaan demam selsema ni aku gagahi juga untuk menyiapkan tugasan PHP. Post minggu ini berkaitan tugasan aku.

Aku mulakan dengan muka depan laman web. Hampir terlupa aku mengenai database PHP ni. Sebelum mulakan kerja, kita kena hasilkan database dulu mengguna phpMyAdmin. Aku namakan database sebagai exerdbase dan reg sebagai nama jadual aku. Contoh seperti dibawah





Dah siap database, barulah aku hasilkan muka depan laman web seperti dibawah




Pada muka depan, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu atau terus login jika pengguna sudah mendaftar sebelumnya. Jika pengguna baru, klik pada butang register dan paparan seperti bawah akan keluar.




Pengguna diwajibkan mengisi beberapa maklumat sebelum mendaftar untuk rekod pengguna. Contoh seperti imej di atas. Setelah semua lengkap, pengguna klik pada butang register dan paparan berikut akan keluar jika user id yang dipilih tidak diguna oleh pengguna lain.




Setelah berjaya, pengguna terus ke butang Login. Jika gagal, paparan di bawah akan keluar.




Ini menunjukkan user id yang dipilih telah diguna oleh pengguna lain. Pengguna perlu mendaftar semula menggunakan user id yang lain. Jika telah selesai, paparan Login akan keluar seperti dibawah.




Gunakan user id bersama kata laluan yang telah didaftar tadi. Jika login berjaya, paparan berikut akan keluar. Ini bermakna anda sebagai pengguna telah berjaya masuk ke dalam laman web tersebut dengan user id dan kata laluan yang betul.




Jika login gagal, paparan di bawah akan keluar. Ini bermakna pengguna salah user id/kata laluan, atau belum mendaftar lagi sebagai pengguna yang sah. 




Dalam tugasan PHP ini juga, pengguna juga dilarang untuk masuk kebahagian yang disediakan khas untuk pengguna berdaftar. Contohnya, jika pengguna terus kebahagian tersebut, paparan di bawah akan keluar. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu. Dalam masa 20 saat, jika tiada reaksi, paparan akan terus ke muka depan secara automatik.




Dalam menyelesaikan tugasan ini, tiada masalah besar yang timbul. Cuma beberapa langkah sahaja untuk menghasilkan laman web seperti di atas. Ada lagi behaviour seperti add/delete users, edit user dimana aku akan buat selepas tugasan ni...

No comments:

Post a Comment