Wednesday 17 October 2012

Minggu 6

Kelas minggu bersambung bagaimana nak memasukkan login page dan security dalam aplikasi web kita. Pensyarah mengedarkan nota rujukan dan berpandukan nota tersebut beliau mengajar cara-caranya. Agak mudah untuk mengikuti langkah-langkah tersebut. Setelah selesai semuanya, kami diminta untuk menguji aplikasi kami. Alhamdulillah...semuanya menjadi.

Untuk aktiviti kedua pula, kami perlu intergrasikan aplikasi security tadi dengan registration page. Sekali lagi kami mengikut nota-nota yang diberi...(tak perlu la kot nak details ye hehehe). Setelah itu buat satu behavior yang mana web akan check username yang telah diguna oleh pengguna lain. Arahan ini tidak membenar username yang sama dalam satu aplikasi web. Sebelum tu untuk security pula, arahan tersebut tidak membenar user masuk ke halaman tertentu tanpa mendaftar atau login terlebih dahulu.

Kelas minggu 7 ditangguhkan kerana Dr. Zaida ada tugasan luar. Kelas akan diganti pada tarikh yang telah ditetapkan. Jadi, tugasan 2 untuk PHP ni telah diberi dan perlu disipakan dalam kumpulan. Aku akan gunakan ketiadaan kelas pada minggu 7 untuk menyiapkan tugasan 2 ini.

No comments:

Post a Comment