Thursday 11 October 2012

Minggu 5

Minggu yang agak sibuk bagi aku. Budak-budak dah nak exam akhir tahun, kerja kat sekolah pun banyak. Tapi tanggungjawab aku sebagai pelajar tak boleh diabaikan jugak. Semoga semuanya dipermudahkan urusan buatku..

Kelas MPT1193 minggu ini selangkah maju lagi. Kali ini kami akan mula bekerja menggunakan PHP pulak dalam Dreamweaver. Susah? Tak juga....Senang? Pun tak juga...tapi semuanya under control. Berbekalkan pengalaman minggu-minggu lalu mengerjakan ASP, kali ini PHP menjadi cukup mudah. Cuma kita perlu menguasai database dalam phpMyAdmin. Agak berbeza layout interface berbanding MS Access.

Latihan yang ditunjukkan pensyarah juga amat senang diikuti tanpa ada masalah. Langkah-langkah yang ditunjukkan dengan bantuan nota amat memudahkan kerja kami. Kami diberi tugasan untuk menyiapkan page register.php dan login.php dengan menggunakan connection yang sama seperti latihan tadi sebagai persediaan untuk kelas minggu depan.



Haaa...nila benda-benda yang perlu ada untuk setup PHP


No comments:

Post a Comment